BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

07 November 2011

Kau daN aKu (✿◠‿◠)

Sepanjang melayari bahtera sem2 jgk, ak dan kgkawan dikehendaki membuat album tersendiri.
Kami dikehendaki mempunyai gr0up yg terdiri drpd 4 org bebudak seni kreatif, seni muzik n seni visual.
Hal demikian kerana lebih menyenangkan kami dalam penghasilan album.
Kami akan dberi markah melalui album tersebut di samping dua pr0jek lain dalam subjek Pengantar Pengurusan Seni.
Oleh itu, terhasillah lirik lagu yg ak cipta xseberapa dalam masa 10 minit utk gr0up kami.
Walaupun simple, but nice...heeeee (yeke?) c(:

ni, merupakan lirik lagu yg belum diubah...

AKU DAN DIA

Malam nan sepi
Lalu ku coretkan rasa hati
Ingin sekali ku biarkan ia pergi
Agar diri tak meratapi

Kehidupanku bagai onak dan duri
Namun ku biarkan ia melewati
Terlalu dasyat untuk dimengerti
Bak rembulan Dan sang mentari

Ceritera cinta antara aku dan dia
Tak ku seru, tak ku pinta
Namun apakan daya
Terjadi jua....

Kau dan aku kian bersatu
Membelah ombak, meredah liku
Namun apakan daya ku
Semua itu sudah berlalu

Hati ini sedih
Hati ini pedih
Kerana keegoan mu
Telah menghancurkan hatiku

Cinta yang bersemi
Putus di tengah jalan
Dia yang baru dikenali
Menjadi pilihan
Hasrat yang dihajati
Musnah segala impian

haa, di bwah ni lar lagu kami. Time ni, dirakam guna hp jer sb 2 xjelas sgt.
Album yg tlh ciap pun ak xsmpt tgk n dgr cz ahli gr0up ak yg lain dh p anta kt lect. Sdh n terkilan sgt.(́_̀)
Tp, xapalah...myb bez gap k0t cz gr0up kit0rg dpt "A" jgk ni.....
eleeeezzz, poy0z jer ek...huhu



Kau dan Aku

Di malam nan sepi
Ku coretkan rasa hati
Ingin sekali ku biarkan ia pergi
Agar diri tak meratapi

Hidupku bagai onak dan duri
Namun ku biarkan ia melewati
Terlalu dasyat untuk dimengerti
Bak rembulan dan sang mentari

Kau dan aku kian bersatu
Membelah ombak, meredah liku
Namun apakan daya ku
Semua itu sudah berlalu


Hati ini pedih
Hati ini sedih
Kerana keegoan mu
Telah menghancurkan hatiku
Musnah segala impian...



Post a Comment

luahkan~~

0 comments: