BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

14 May 2012

Pemenuh Ruangan Kosong

Setiap langkah demi langkah,
Aku atur dengan megah,
Aku takkan mudah goyah,
Dengan segala yang payah,

Teman…
Tanpamu di sisi,
Takkan dapat aku bangkit lagi,
Takkan teguh aku berdiri,
Takkan deras aku berlari,
Takkan erat aku menggengam mimpi,
Kerana tanpamu menemani,
Aku sepi sepanjang hari.

Teman…
Sememangnya dunia dipenuhi cabaran,
Segala onak dan duri kita jadikan sandaran,
Semua yang berlaku ada pengajaran,
Supaya kita jadikan sempadan.

Teman…
Semoga persahabatan antara kita,
Tetap utuh sampai bila-bila,
Kaulah temanku di dunia,
Dan juga di alam sana…
Tanpa teman ibarat minum air tanpa gula,
Kita boleh merasainya namun tidak dapat menikmatinya.
Terima kasih padaMu Tuhan,
Kerana telah menemukan aku insan bergelar teman…

05 May 2012

Terima Kasih Ibu

Semekom (:


Malam ni ak xtaw nk buat pe..
Padahal asiment punyerlah banyak..
tapi, sifat-sifat kurang rajin masih lagi menyelubungi ak..
tyme lect nak, barulah mata jadi panda..heehee

Tyme2 mcm ni jgk lar ak teringat dkt mak...
apa lar yang dy buat skang ek? emm, myb dh tdow kot...hihi
tp xpe, nanti col jer terus...

sajak kat bawah ni ak buat khas utk mak...
tp xtaw lar jd sajak or x..
rnduu punyer pasai...hehehe

Terima Kasih Ibu

Ibu…
Dari kecil hingga dewasa
kaulah tempat aku bermanja
Aku sering bercerita
Kau mendengar tanpa berbicara

Isi hatiku mnjadi satu
Saat jiwa kita bersatu
Kau memberi nasihat tanpa jemu
Supaya aku terus maju

Saat aku terkapai-kapai di lautan
Dalam mencari sebuah kehidupan
Kau menyelamatkan keadaan
Agar diri tidak hanyut dengan perubahan

Terima kasih ibu…
Tanpa dirimu aku takkan teguh berdiri
Takkan dapat aku mengejar mimpi
Agar menjadi realiti suatu hari nanti

Oh ibu..
kau lah tunggak kedewasaan ku..
aku bangga menjadi ankmu...


Mom with kanak-kanak ribena (: