BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

14 May 2012

Pemenuh Ruangan Kosong

Setiap langkah demi langkah,
Aku atur dengan megah,
Aku takkan mudah goyah,
Dengan segala yang payah,

Teman…
Tanpamu di sisi,
Takkan dapat aku bangkit lagi,
Takkan teguh aku berdiri,
Takkan deras aku berlari,
Takkan erat aku menggengam mimpi,
Kerana tanpamu menemani,
Aku sepi sepanjang hari.

Teman…
Sememangnya dunia dipenuhi cabaran,
Segala onak dan duri kita jadikan sandaran,
Semua yang berlaku ada pengajaran,
Supaya kita jadikan sempadan.

Teman…
Semoga persahabatan antara kita,
Tetap utuh sampai bila-bila,
Kaulah temanku di dunia,
Dan juga di alam sana…
Tanpa teman ibarat minum air tanpa gula,
Kita boleh merasainya namun tidak dapat menikmatinya.
Terima kasih padaMu Tuhan,
Kerana telah menemukan aku insan bergelar teman…

Post a Comment

luahkan~~

1 comments:

Gadis Hijau said...

sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa berada bersama kita susah mahupun senang...