Setiap langkah demi langkah,
Aku atur dengan megah,
Aku takkan mudah goyah,
Dengan segala yang payah,
Teman…
Tanpamu di sisi,
Takkan dapat aku bangkit lagi,
Takkan teguh aku berdiri,
Takkan deras aku berlari,
Takkan erat aku menggengam mimpi,
Kerana tanpamu menemani,
Aku sepi sepanjang hari.
Teman…
Sememangnya dunia dipenuhi cabaran,
Segala onak dan duri kita jadikan sandaran,
Semua yang berlaku ada pengajaran,
Supaya kita jadikan sempadan.
Teman…
Semoga persahabatan antara kita,
Tetap utuh sampai bila-bila,
Kaulah temanku di dunia,
Dan juga di alam sana…
Tanpa teman ibarat minum air tanpa gula,
Kita boleh merasainya namun tidak dapat menikmatinya.
Terima kasih padaMu Tuhan,
Kerana telah menemukan aku insan bergelar teman…
14 May 2012
Pemenuh Ruangan Kosong
Posted by Gadis Hijau at 12:23 AM 1 comments
05 May 2012
Terima Kasih Ibu
Semekom (:
Malam ni ak xtaw nk buat pe..
Padahal asiment punyerlah banyak..
tapi, sifat-sifat kurang rajin masih lagi menyelubungi ak..
tyme lect nak, barulah mata jadi panda..heehee
Tyme2 mcm ni jgk lar ak teringat dkt mak...
apa lar yang dy buat skang ek? emm, myb dh tdow kot...hihi
tp xpe, nanti col jer terus...
sajak kat bawah ni ak buat khas utk mak...
tp xtaw lar jd sajak or x..
rnduu punyer pasai...hehehe
Terima Kasih Ibu
Ibu…
Dari kecil
hingga dewasa
kaulah tempat aku
bermanja
Aku sering
bercerita
Kau mendengar tanpa
berbicara
Isi hatiku mnjadi
satu
Saat jiwa kita
bersatu
Kau memberi
nasihat tanpa jemu
Supaya aku terus
maju
Saat aku
terkapai-kapai di lautan
Dalam mencari sebuah
kehidupan
Kau menyelamatkan keadaan
Agar diri tidak hanyut dengan perubahan
Terima kasih ibu…
Tanpa dirimu aku takkan
teguh berdiri
Takkan dapat aku mengejar
mimpi
Agar menjadi
realiti suatu hari nanti
Oh ibu..
kau lah tunggak kedewasaan ku..
aku bangga
menjadi ankmu...
Mom with kanak-kanak ribena (: |
Posted by Gadis Hijau at 12:07 AM 1 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)