KOSONG...KOSONG...KOSONG eh2,mcm lagu Najwa Latif la plak...hihi kadang2 apa yang diimpikan xseperti apa yg digambarkan.. apa yg kita inginkan xsemestinya dpt ditunaikan... itulah kehidupan.. Dunia...oh dunia, sememangnya hidup di dunia tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Tanpa kesilapan kita tak mungkin dapat tahu di mana kesalahan kita.. Oleh itu, melalui kesilapan kita dapat bangkit dan terus maju dalam meneruskan sebuah kehidupan. Sabar dan terus bersabar.. Cahaya kehidupan pasti bersinar suatu hari nanti...
02 October 2012
10 June 2012
01 June 2012
Selamat Pengantin Baru
Yeeayyyhhh...sekarang dah musim cuti sekolah...
Beznyer...aku tumpang gembira untuk adik-adik sekalian...hehe
Kalau zaman dulu-dulu, saat2 macam ni la yg sering kali ditunggu-tunggu.
Rindu nak tidow puas-puas n p jejalan..hihi
Tapi ingat, waktu-waktu macam ni la banyak perkara berfaedah yang harus dilakukan.
Musim ni jgk la ramai yg ambil kesempatan utk melangsungkan perkahwinan..
Tahniah aku ucapkan kepada myBff iaitu Norifhana Rosli yang telah selamat diijabkabulkan bersama insan yg tercinta pada 26 May yang lalu..
Semoga ikatan cinta antara kamu berdua berkekalan sampai syurga...aminnn..
Posted by Gadis Hijau at 2:19 AM 0 comments
14 May 2012
Pemenuh Ruangan Kosong
Setiap langkah demi langkah,
Aku atur dengan megah,
Aku takkan mudah goyah,
Dengan segala yang payah,
Teman…
Tanpamu di sisi,
Takkan dapat aku bangkit lagi,
Takkan teguh aku berdiri,
Takkan deras aku berlari,
Takkan erat aku menggengam mimpi,
Kerana tanpamu menemani,
Aku sepi sepanjang hari.
Teman…
Sememangnya dunia dipenuhi cabaran,
Segala onak dan duri kita jadikan sandaran,
Semua yang berlaku ada pengajaran,
Supaya kita jadikan sempadan.
Teman…
Semoga persahabatan antara kita,
Tetap utuh sampai bila-bila,
Kaulah temanku di dunia,
Dan juga di alam sana…
Tanpa teman ibarat minum air tanpa gula,
Kita boleh merasainya namun tidak dapat menikmatinya.
Terima kasih padaMu Tuhan,
Kerana telah menemukan aku insan bergelar teman…
Posted by Gadis Hijau at 12:23 AM 1 comments
05 May 2012
Terima Kasih Ibu
Semekom (:
Mom with kanak-kanak ribena (: |
Posted by Gadis Hijau at 12:07 AM 1 comments
23 April 2012
RiNDu...
RINDU....
Tatkala ak bersendirian...
kau hadir tanpa jemu..
air mata kian berlinangan,
teringatkan dirimu..
ak kaku kedinginan,
nafasku semakin laju...
Di saat ak berlari di awangan
mengejar mentari di balik awan...
namun hilang bayangan,
semakin kabur dari pandangan..
kau mnyemarakkan keadaan,
menambahkan duka kesengsaraan..
Mengapa ada rindu?
rindu kau hadir tanpa dipinta..
kau hadir mendebarkan rasa...
kau hadir membuatkan ak terseksa..
kau hadir menambahkan luka,
kau hadir penyebab segala-gala..
Namun...
tanpa rindu..
ak takkan kenal erti perpisahan,
ak takkan tahu erti berjauhan
ak takkan belajar kesusahan
ak takkan cuba kepayahan
ak takkan rasa kesakitan
ak takkan ada pengorbanan..
terima kasih rindu..
kau lah penyebab perubahan kehidupan...(◕‿◕✿)
Posted by Gadis Hijau at 8:05 PM 2 comments